BISNES ADALAH CERITA RASA PERCAYA.
- MarkPlus Business Advisor
- Jan 18, 2020
- 1 min read
Sebuah cafe baru beroperasi memulakan bisnes dan dipromosikan secara meluas dan memberi diskaun 60% ternyata dilihat tidak begitu berjaya menarik ramai customer disitu. Mengapa dan kenapa agaknya?
Apa yang dimahukan oleh customer dari sebuah cafe ? Umumnya mahukan perkhidmatan cepat, masakan berkualiti, menu sajian memenuhi citarasa, lokasi & suasana menarik dan harga berpatutan, pekerja mesra & profesional dll. Mungkin inilah sebahagian pilihan pengguna.
Berbalik kepada isu cafe diatas tadi, mungkin customers tidak ramai berkunjung adalah kerana apa yang diharapkan dan dimahukan tidak ada pada cafe itu. Promosi tidak sesuai, tempatnya enak, pekerja tak mesra, masa menunggu lama kecuali hanya ada tawaran harga diskaun yang menarik sahaja. Ingat dunia bisnes dan dunia customer bukan soal harga sahaja. Lebih mengecewakan lagi, semua apa yang dipromosikan tidak sama seperti apa yang dijual atau dihidangkan. Janji tak sama dengan apa yang ada dicafe.

Perlu dijelaskan, bisnes bukan soal duit dan soal customer sahaja tetapi lebih penting bila berbisnes adalah soal integriti. Berbisnes adalah soal mewujudkan rasa percaya. Bisnes adalah bagaimana menyediakan rasa percaya. Berbisnes juga adalah bagaimana menimbulkan rasa yakin dan rasa percaya. Berbisnes juga adalah soal nilai. Rumusannya bisnes adalah tentang rasa percaya. Harga, layanan, kepuasan dan keyakinan merupakan gabungan kepada rasa percaya customer. Soal harga menjadi keputusan kedua jika rasa percaya menjuarai jiwa sanubari customer. Kepuasan meningkatkan kemahuan bila rasa percaya membumikan pola fikir customer. Nilai rasa percaya akan mewujudkan kesan faktor WOW kepada bisnes dan inilah yang harus diusahakan oleh usahawan cafe diatas.
Comments