top of page
Search

GHOST KITCHEN ..

  • Writer: MarkPlus Business Advisor
    MarkPlus Business Advisor
  • Dec 29, 2020
  • 3 min read

Bisnes Ghost Kitchen, Model Bisnes 2021?


Soalan mengenai Ghost Kitchen cukup menarik. Adakah model bisnes ini akan lestari dan akan bertahan di masa hadapan serta model bisnes terbaik 2021?


Soalan ini secara jujur ​​sangat sukar dijawab kerana berkaitan dengan Bukti masa depan. Ya masa depan dlm era VUCA sukar untuk kita dapat ramalkan.


Di ketika ini, memang Ghost kitchen menjelma jadi sebuah Business Opportunity yg sangat menarik untuk diusahakan kerana entry barier untuk memulainya tidaklah sesulit ketika kita memulai bisnes dengan memiliki outlet di mana diperlukan CAPEX (modal) yang banyak ditambah lagi risikonya juga cukup besar untuk gagal jika kita tidak faham dgn pelbagai hal terkait bisnes. Bisnes outlet juga perlukan lokasi yang ok serta kos sewa yang cukup tinggi jika mahukan lokasi yang strategik.


Nah, Ghost Kitchen ini menarik, mengapa?

Ya kerana sifatnya LOW CAPEX, tidak mensyaratkan punya lokasi yang mahal, tidak perlu ada tampilan fizik secara langsung, dapur juga boleh seadanya menggunakan dapur rumah dan dengan semua kemudahan yang biasa-biasa sahaja pun dah boleh mulakannya. Inilah keistimewaan konsep Ghost Kitchen.


Selain itu, siapa saja boleh lakukan Ghost Kitchen. Boleh dikatakan tidak ada prasyarat khusus yang mengaturnya, hanya hasilkan produk, lokasi dan beberapa keperluan pengurusan khususnya untuk masuk ke FoodPanda @ Grabfood, itu sahaja.

Dengan cara ini Anda dah boleh menjadi usahawan kulinari. Maaf kawan, untuk memastikan keberhasilan bisnes, konsep Ghost Kitchen juga memerlukan anda faham dan tahu ilmu keusahawanan @ bisnes?


Seperti kata Mike Tyson, "semua harus ada ilmu dan punya rencana untuk membolehkan anda pastikan tumbukan anda akan kena muka lain".


Yap semua kelihatannya mudah tadi jangan ambil mudah pulak. Kalau anda terus lakukannya tanpa ilmu tentang Ghost Kitchen (GK), pasti dalam perjalanan menguruskannya akan anda bertemu GHOST dalam bisnes itu (hahaa). Anda akan bertemu dengan realiti JUALAN tidak semudah itu apa yang disebut @ diceritakan. Jangan membayangkan ketika sudah terdaftar di FoodPanda @ Grabfood, kemudian semua menjadi kisah Cinderella, there no such of things.


Bagaimana nak sustain bisnes & nak mencapai target sales? Pertanyaan paling asas adalah, apakah konsep GK ini akan SUSTAIN? Bukannya tiap hari banyak kompetitor baru muncul? Bukankah consumer punya banyak alternatif delivery ketika ini? Bukankah brand-brand hebat juga sering buat promo yang boleh buat pengusaha kulinari pening kepala? Bagaimana ini?

Yah kembali lagi sahabat foodpreneur, soal sustain atau tidak dari sedikit cerita di atas hanya waktu yang akan membuktikannya. Namun setidaknya anda dah faham bahawa anda harus berusaha agar bisnes Ghost Kitchen anda terus sustain.


Bagaimana strateginya itu?


1. Brand Building. Membangun brand walaupun bisnes Ghost Kitchen, sifatnya adalah SUPER WAJIB. Brand membuat keputusan consumer untuk membeli semakin pendek, semakin membuat pesaing kita jadi tidak relevan tentunya. Brand itu membangunkan emosi fikiran consumer "Ah makan apa yah?" Consumer lihat TikTok @ IG tiba-tiba ada yang promo Dapur GG (Brand GK), jadi lah langsung FoodPanda Dapur GG, pada hal buka aplikasi juga blom sebelumnya, tapi kita sudah memutuskan untuk makan apa. Jadi cuba Brandnya dibangun melalui Social Media seperti IG, Tiktok, perbanyak liputan oleh Nano Influencer dan selalu pastikan brand kita EXIST dan terus mendapatkan Exposure.


2. The Discipline of Operational Expense. Ghost Kitchen harus menerapkan disiplin dalam biaya operasional, sehingga boleh memberikan harga yang lebih terjangkau untuk consumer setelah ditambahkan kos kirim / fee delivery, margin FoodPanda @ Grabfood, packaging, dll. Ini harusnya jadi keunggulan dari Ghost Kitchen yang harus dimanfaatkan untuk bersaing dengan brand-brand yang memang menggunakan Outlet. Jika anda disiplin dengan kos, maka anda boleh mengalokasikan budget untuk marketing dengan lebih meluas, baik untuk program-program mahu pun untuk promo-promo.


3. Keep Innovating. Pemilik Ghost Kitchen wajib terus melakukan inovasi, khususnya dalam menu dan program promosi. Buat kalender marketing yang detail, sehingga anda punya schedule untuk pelbagai inovasi yang akan kita lakukan. Misalnya, meluncurkan varian produk baru dalam bulan X atau membuat program promo yang kreatif seperti Buy 1 Sedekah 1 dan pelbagai inovasi lainnya. Point utamanya kembali membuat BRAND kita EXIST dan selalu mendapatkan Exposure.


4. Alternatif Revenue. Pemilik Ghost Kitchen jangan pernah mengantungkan hidupnya dari 1 revenue seperti FoodPanda or Grabfood only, tapi bangunlah pelbagai alternatif revenue yg mungkin cukup potensi untuk terus menjaga sustainabiliy dari bisnes kita. Misalnya, cuba garap juga CATERING, BIG ORDER, RESELLER, dll.


5. CRM System. Terakhir, pastikan dalam setiap proses SALES yang anda jalankan, anda memiliki database consumer anda sehingga anda boleh membuat program REPEAT BUYING, menghitung VALUE CUSTOMER, serta tentu membuat bisnes anda tidak tergantung oleh aplikasi orang lain di mana anda tidak boleh mengelola kembali database yang sudah membeli ke brand anda. Minima catatlah manual setiap consumer yang membeli produk atau ketika anda promosi dibuat LINK langsung masuk ke Wasap Business sehingga database consumer boleh anda miliki serta anda kelola agar terjadi repeat buying dan lain sebagainya.

Rumusannya kembali pada persoalan diatas apakah model bisnes GK mampu sustain? Secara industri, apa lagi sekarang adalah trendnya dan model bisnes GK sedang alami Growth. Namun persoalan sama ada mampu sustain adalah bergantung bagaimana anda menerajui pengurusan bisnes itu. Sekiranya anda mampu mengendalikan 5 hal yang dinyatakan di atas, maka saya yakin bisnes Ghost Kitchen (GK) anda mampu terus berdaya maju.


Semoga Bermanfaat.

 
 
 

Comments


Alamat Pejabat :

  • Facebook
  • White Instagram Icon

B07 KOMPLEKS MARA KUALA TERENGGANU,

Jalan Sultan Zainal Abidin,

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

 

Thanks for submitting!

© 2019 by MarkPlus Business Advisors

 

bottom of page