top of page
Search

GROWTH MARKETING GROWKAN BISNES.

  • Writer: MarkPlus Business Advisor
    MarkPlus Business Advisor
  • Jan 18, 2020
  • 4 min read

Pengenalan.


Strategik Growth marketing merupakan kaedah bagaimana anda menyusun rancangan anda dan mengembangkan pengalaman pelanggan berdasarkan segmentasi pelanggan anda. Strategik Growth bertujuan untuk memenangi dan mengekalkan pelanggan dengan lebih baik dan lebih cepat daripada persaingan.


Terdapat empat cara untuk mengembangkan perniagaan anda:

1. Dapatkan lebih banyak pelanggan (bhg pasaran @ sasaran segmen baru)

2. Menjual lebih banyak kepada pelanggan (cross-sell / upsell)

3. Kekalkan pelanggan lebih lama (increase lifetime value)

4. Meningkatkan kitaran belian (harder to do for most businesses)


Secara konsep Growth Marketing adalah

"Growth marketing = an insane focus on customers + adaptive marketing practices + a system to plan and optimize marketing"


Pemasaran adalah sebuah seni iaitu untuk melaksanakan strategik mempertumbuhkan pasaran bisnes @ prestasi bisnes secara sistematik. Langkah ini mampu mengoptimumkan dan memberi impak skala untuk mencapai pertumbuhan pasaran bisnes secara lebih pesat. Infographic dibawah memberi penjelasan secara ringkas bagaimana Growth Marketing mempengaruhi prestasi bisnes.

Growth Marketing pada dasarnya memiliki 3 prinsip berikut:

  1. Full Funnel marketing - AAARRR

  2. Lean startup experimentation - ideasi, keutamaan, ujian, belajar

  3. Reka bentuk pengalaman pelanggan - merekabentuk dan membangunkan pengalaman pelanggan secara sistematik.


KNOW YOUR NUMBERS

Bagaimana nak grow kan bisnes? Pastinya strategic pemasaran berkesan mampu membantu prestasi bisnes. Bagaimana caranya? Mengoptimumkan setiap peringkat Full Funnel marketing suatu hal yang penting untuk “grow”kan bisnes. Fahami isu “bottlenecks” dalam pelaksanaan strategik pemasaran melalui anda Funnel marketing akan memudahkan pembetulan atau pembaikan channel funnel untuk memastikan keberkesanan strategic pemasaran. Semak faktor yang menyebabkan “bottleneck” dan selesaikan dengan membetulkan strategic ke arah keberkesanannya.


Kalau kita melihat graf dibawah, data dibawah membantu kita mengenal pasti bahawa strategik pemasaran yang dilakukan oleh A lebih memberi impak yang optima berbanding B. Ini dapat dilihat daripada 100,000 customer ditargetkan, A & B berjaya "awareness" 20% Acquisition. Meneruskan proses selanjutnya kempen A berjaya memperolehi 30% acquisition manakala B hanya 15%. Ternyata kesannya kempen A akhirnya berjaya memberi impak untuk membantu grow pemasaran bisnes kerana hasilnya hanya 200 customer berjaya menjadi subjek Referral kepada bisnes berbanding proses B hanya 90 orang. Melalui kaedah Growth Marketing ini, kita boleh menjangkau anggaran bilangan @ data impak customer kepada prestasi pertumbuhan bisnes.



GUNAKAN FAKTA UNTUK MENCIPTAKAN SEBUAH “JOURNEY”

Growth Marketing juga merupakan satu proses menyeluruh melihat “Customer lifecycle” dan bukan hanya menganalisis bahagian atas Funnel marketing yang berkaitan dengan memperoleh pelanggan. Pemasaran mempunyai fokus tumpuan pada usaha pemerolehan pelanggan baru, cuba kenalpasti customer yang kurang berminat kekal sebagai klient dan memujuk pelanggan. Hal inilah dipertanggungjawabkan oleh perkhidmatan pelanggan untuk melakukan pemasaran. Senario ini menjadikan sering kali jabatan Pemasaran terpisah dengan Jabatan khidmat pelanggan. Akibatnya, ini memberi impak kepada prestasi pemasaran kesan tiada data pengalaman pelanggan yang tidak diselaraskan jabatan pemasaran yang menyebabkan strategic pemasaran yang dilakukan gagal mengambil kira aspek pengalaman pelanggan. Akhirnya memberi kesan kepada sasaran. Oleh itu kerap kali perkhidmatan pelanggan sering tidak diberi keutamaan berbanding aspek jualan & pemasaran. Kita juga dapat melihat amat kurang dua jabatan ini mengintegrasikan data dan berkongsi pengetahuan. Hakikatnya pada era ekonomi digital ini, semasa sewajarnya Jabatan Khidmat Pelanggan harus bekerja rapat dengan Jabatan Pemasaran dan hal inilah difokuskan pada strategi Growth Marketing.


Dengan hasrat ingin memacukan prestasi bisnes, bisnes harus menggunakan data-data yang memberi gambaran kepada prestasi semasa. Sebagai contoh anda mahu pertumbuhan pesat, maka anda perlu mengenali cara menurunkan kadar harga. Ingat lagi Harga @ Price merupakan strategic pemasaran. Oleh demikian, data diperlukan sebelum tindakan pelaksanaan perubahan harga dilakukan agar objektif mengubah harga tersebut mampu menarik pertumbuhan bisnes.


Langkah tepat pemasaran juga akan memberi impak memperoleh lebih banyak pelanggan yang sesuai dengan profil yang setia pada bisnes kita. Impak ini boleh menyebabkan pertumbuhan bisnes. Fokus pemasaran kepada aspek menciptakan pengalaman pelanggan menjadi teras penting era kini. Pengalaman terbaik yang dialami pelanggan boleh menjadikan factor WOM pelanggan setia untuk membawa lebih orang bersama-sama ke bisnes kita.


APAKAH ITU FULL FUNNEL MARKETING?

AAARRR adalah sesuatu gambaran sebuah jangkauan. Dalam bidang pemasaran Funnel Marketing ini sering disebut sebagai Pirate Metrics.


Apakah Pirate Metrics ?

AAARRR merupakan singkatan daripada Awareness, Acquisition, Activation, Retention, Revenue, and Referral. Setiap bahagian mempunyai satu set jangkauan unik yang membantu memahami “teras metric proses” yang boleh memacu pertumbuhan bisnes. Ketidakupayaan melakukan proses AAARRR dengan berkesan boleh mewujudkan isu “bottlenecks” menyebabkan penurunan prestasi keseluruhan.




FULL FUNNEL SEBAGAI SEBUAH PERJALANAN CUSTOMER.

FULL FUNNEL adalah penambahbaikan konsep corong pemasaran tradisional @ marketing Funnel dan memberikan penekanan yang lebih besar kepada aspek pengalaman pelanggan yang lengkap. Fokus Full Funnel adalah berpaksi mencipta pengalaman pelanggan untuk keberkesanan strategic pemasaran. Sudah tentu, ini mencetuskan cabaran. Halangan tersedia di banyak syarikat adalah aspek integrasikan data antara jabatan agar system pemasaran berkesan dilaksanakan berteraskan maklumat bersepadu pelanggan dan sasaran pertumbuhan direalisasikan. Oleh itu, anda perlu merekabentuk pengalaman pelanggan penuh.


MENGGUNAKAN KERANGKA AAARRR?

Rangka kerja AAARRR juga dikenali sebagai A3R3 memudahkan kita memahami strategik, proses, dan tugas untuk setiap bahagian, serta bagaimana ianya mempengaruhi peringkat demi peringkat dalam strategic Growth Marketing. Teknologi digital memberikan cara baru untuk menyasarkan, melibatkan dan menangkap data pelanggan. Tambahan pula, ia menyediakan cara baru untuk melibatkan diri dan membangun hubungan dengan pelanggan. Kerangka A3R3 membantu kita merekabentuk rancangan pengalaman pelanggan terlebih dahulu menerusi sistem pemasaran yang anda perlukan untuk membina.


Keupayaan Strategik Growth Marketing melalu A3R3 ini perlu mampu bukan hanya menukar pelanggan kepada klient tetapi juga mengoptimumkan pengekalan kesetiaan dan menginspirasikan rujukan pelanggan lain pulak. Dengan menggunakan A3R3 dengan sendirinya, anda boleh menyakinkan pandangan bagaimana mencapai matlamat pertumbuhan bisnes anda dan bagaimana dan mengapa jabatan dan perkhidmatan lain perlu terlibat secara bersepadu. Beginilah gambaran pentingnya keperluan Blueprint Growth Marketing kepada usaha Grow prestasi bisnes.



Comments


Alamat Pejabat :

  • Facebook
  • White Instagram Icon

B07 KOMPLEKS MARA KUALA TERENGGANU,

Jalan Sultan Zainal Abidin,

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

 

Thanks for submitting!

© 2019 by MarkPlus Business Advisors

 

bottom of page