lakukan OMNI Channel !
- MarkPlus Business Advisor
- Jun 12, 2019
- 2 min read
Nampaknya dunia bisnes era dgigital ini dibanjiri dengan pelbagai istilah seperti SEO, SEM, Fb Ad, email marketing dan lain-lain yang popular Uh. Pertengahan tahun baru ini kita didatangi istilah Omni Channel yang muncul mempengaruhi strategik marketing bisnes.
Apakah anda telah biasa dan mengetahui apa itu Omni Channel?
Omni Channel adalah model strategik bisnes rentas saluran yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan pengalaman pelanggan mereka. Pelanggan dari syarikat yang mengamalkan saluran Omni boleh berbelanja menggunakan pelbagai saluran sekaligus dalam talian dan di luar talian.
Sebagai contoh, pelanggan melayari barang membeli-belah di laman web pada waktu pagi. Kemudian berbelanja menggunakan aplikasinya menggunakan Hphone mereka semasa makan tengah hari, dan segera mengambil barangan belian itu di kedai selepas bekerja. Pelanggan juga boleh memulangkan barangan yang mereka beli secara dalam talian di kedai dan menukarnya untuk saiz yang lebih sesuai.
Di Omni Channel, semua saluran pemasaran dan jualan terintegrasi tanpa terganggu. Wow! Betul betul? So bagaimana cara agar kita juga boleh memulai Omni Channel dalam bisnes kita?
Berikut adalah tips dari kami Markplus Business Advisors agar anda boleh memulai pelaksanaan Omni Channel dalam bisnesnya:
1. Fahami Customer Journey atau pengalaman pelanggan sebelum memulai Omni Channel. Fahami kebiasaan mereka berbelanja dari awal sampai akhir termasuk kebiasaan berbelanja online dan offline mereka.
2. Memilih teknologi yang paling mudah @ cara sesuai dengan pilihan cara berbelanja oleh pelanggan. Sebuah bisnes harus memilih teknologi yang paling sesuai dengan keperluan para pelanggannya
3. Mengintegrasikan semua pilihan teknologi baik online mahupun offline menjadi satu data tunggal sehingga pelanggan mendapatkan pengalaman berbelanja dengan begitu mesra pengguna baik secara online ataupun offline.
Umumnya Omni Channel merupakan kombinasi dari pelbagai cara dan channel untuk berbelanja, namun tetap memberikan "brand feeling" yang sama. Baik seperti ketika kita membeli di physical store, webstore, smartphone, televisi, ataupun media sosial.
Omni Channel memberi tumpuan kepada Customer Journey yang komprehensif dan ini sangat sesuai untuk memenuhi citarasa pelanggan hari ini kerana semua saluran seperti mobile, web, tablet, smartwatch, ERP, AI dan komponen dalam online dan offline dalam perniagaan akan diintegrasi sepenuhnya supaya pelanggan akan mendapat kepuasan membeli-belah maksimum.
Ingin tingkatkan Jualan anda?. Cuba gunakan model OMNI Channel pada bisnes anda

. Kami di Markplus Business Advisors bersedia membantu bisnes anda.
Comments