top of page
Search

‘UNIQUE SELLING PROPOSITION’ (USP).

  • Writer: MarkPlus Business Advisor
    MarkPlus Business Advisor
  • Feb 11, 2020
  • 2 min read

Sekarang, persaingan untuk berniaga semakin sengit. Mana tak sengitnya, sudah ramai yang sudah mula berniaga sama ada offline mahupun online. Setiap hari, semakin bertambah peniaga. Hari-hari ada saja penjual baru.


Persaingan semakin sengit..Adakah pasaran sudah tepu? Tepu, sampai tak sesuai nak berniaga dah?


Oh tidak..Bagi saya, jika anda rasakan pasaran telah tepu, tepulah ia. Dan sebaliknya, jika ianya adalah biasa-biasa saja, biasa-biasa saja lah ia.So, apa nak buat?Jawapan saya; Dalam dunia persaingan yang sengit ini, anda perlu timbulkan USP bisnes/produk/servis/jenama anda. Apa yang membezakan anda dengan pesaing anda dari segi kualiti, kecepatan, layanan, keberkesanan, sasaran pengguna dan lain-lain lagi.



Unique Selling Proposition (USP) juga adalah faktor yang membezakan produk peniaga itu berbeza atau unik dari produk yang dijual di pasaran semasa. Ia adalah seperti lubang-lubang pasaran yang masih belum diterokai oleh orang lain.


Dengan mempunyai USP yang jelas, anda akan dapat jawab persoalan prospek seperti berikut;


Apa keunikan bisnes anda? Apa yang membezakan bisnes anda dari pesaing yang lain? Kenapa saya perlu beli dari anda, bukan dari dari peniaga lain? Kenapa saya perlu ambil tahu mengenai bisnes atau produk anda?


Disini saya ingin berkongsi bagaimana seorg usahawan muda yang saya kenali melakukan USP.Sekadar contoh keberhasilan produk USP yang membolehkan bisnes org muda laris. Kenapa ya ?



Kerana itu saya suka semangat seorang anak muda kat Kg saya bila berani mewujudkan USP pada produknya. Kini Nasi Lemak "ABI" merupakan satu jenama yang menjadi pilihan anak anak sekolah rendah dan ibubapa di Kawasan Kuala Nerus. USP yang dimiliki menyebabkan Jenama ini menjadi pilihan bagi sebagai menu makanan untuk beberapa aktiviti Sekolah kawasan sekitar.Terbaik & Tahniah Brother NLAbi didoakan moga bisnes terus berkembang dan mungkin tahun 2020 boleh melakukan strategik USP Produk Mix pulak.


Kommentare


Alamat Pejabat :

  • Facebook
  • White Instagram Icon

B07 KOMPLEKS MARA KUALA TERENGGANU,

Jalan Sultan Zainal Abidin,

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

 

Thanks for submitting!

© 2019 by MarkPlus Business Advisors

 

bottom of page